Jika kataku salah
katamukah yang betul?
atau keduanya kita
pengukir masalah.
Kemudian
apakah kita ini?
kau telah pun menyebut tentang mati
ah, mati itu kepastian,
keperluan kita ialah keputusan
kerana keputusanlah menjanjikan
padanya api masalah.
Jika kataku salah
dan katamu betul
mati pun salah dan betul itulah
tapi mati ialah saat terlambat
kerana dengannya
salah tak terbetul
dan betul tak terjelaskan.
No comments:
Post a Comment